Thursday, December 5, 2013

MAJLIS PENGALUNGAN DUA BIJI MANIK KAYU UNTUK PENSYARAH-PENSYARAH IPG 2013

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia (MPKLMIPGM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan mengadakan Majlis Pengkalungan dua biji Manik Kayu mengikut ketentuan seperti yang berikut:

Pendaftaran Penerima : 12 Dec 2013 ( Khamis – 14.00 hingga 18.00 petang)
   
Majlis Pengkalungan  : 13 Dec  2013 (Jumaat - 09.00 pagi hingga12.00 tengah hari)

Tempat               : Dewan Seri Melati, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 31500 Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

Pakaian             : Pakaian Seragam Pengakap No. 3


SENARAI PENERIMA DUA BIJI MANIK KAYU:

    1. PN. SOLEHAH BINTI ISMAIL:IPGKPPM
   2. EN. MUSTAPHA BIN OTHMAN : IPGKTI
   3. PN. HJH. KHALIDAH BINTI AHMAD : IPGKTI
   4. EN. IBRUL HISHAM BIN ISMAIL : IPGKDRI
   5. EN. ABD. RAHIM BIN MOHAMAD : IPGKDRI
   6. EN. MAHMUD KUSAIRI BIN ABDULLAH : IPGKR
   7. EN. RAJASEGARAN A/L M. VELOO : IPGKR   
   8. EN. AHMAD BIN AMAN : IPGKBL
   9. EN. KAMARUDZAMAN BIN MOHD. ALI : IPGKBL
 10. EN. KHAIRUL ZAMBRI BIN OTHMAN : IPGKBL
 11. En. KHAIRUDIN BIN SAIDIN : IPGKTB
 12. En. MOHD. ZAHIR BIN NASIR : IPGKTB 

Tahniah kepada penerima. Semoga anda terus berpengakap.

Sunday, November 24, 2013

KURSUS CLT 2013

Kursus CLT untuk Penolong Jurulatih akan diadakan pada 12-19 Disember 2013 (info terkini) di IPGK Ipoh.Semua Penolong Jurulatih yang memakai 3 beads manikayu dan yang telah mengikuti kursus CALT layak memohon.Bayaran kursus RM550.00 seorang termasuk satu beg Kit Jurulatih bernilai RM250.00.
Pendaftaran peserta luar negara USD400.00 seorang.


Kepada yang belum menerima Sijil Kehormat Penolong Jurulatih, sila isikan borang pencalonan Penolong Jurulatih. Penyertaan daripada pelbagai negara, termasuk Brunei, Indonesia, Taiwan dan Thailand selain Malaysia.


Semua urusan permohonan kursus dan pencalonan Penolong Jurulatih hendaklah dialamatkan kepada:

Tn. Hj. Ariffin bin Zainuddin,
Pen. Ketua Pesuruhjaya Latihan
IPG Kampus Pendidikan Islam,
Beg Berkunci No. 214,
Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bandar Baru Bangi, Selangor.
No. HP: 019-2516647

Monday, November 18, 2013