Wednesday, October 15, 2014

KAGUM UNIT BERUNIFORM IPGM 2014



Telah berlangsung dari 10 - 13 Oktober 2014 di Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka. Ia bertujuan untuk menyediakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar IPG KPM dalam mengelola dan menguruskan sesuatu kejohanan atau pertandingan.
YB memeriksa barisan keh

Pn. Rubiah menerima Anugerah Kepimpinan

KAGUM telah dirasmikan pada 12 Oktober 2014 oleh YB. Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1. YB juga telah melapangkan masa melawati tapak perkhemahan setiap unit dan melihat beberapa aktiviti pertandingan seperti Pertolongan Cemas dan Masakan Rimba.


YB melawat pameran di Unit Pengakap

Unit Pengakap telah menjadi Johan Keseluruhan di antara unit-unit yang lain setelah menjuarai Standard Perkhemahan, Pioneering, Orienteering dan Permainan Tradisional. Pelatih Ridzwan dari IPGK Islam telah menjuarai Komander terbaik kawad.

Komander Kawad Ter

Piala Kejohanan Keseluruhan
 Majlis penutupan KAGUM telah dirasmikan oleh YBrs. Dr.Noriati bt. A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM pada 13 Oktober 2014. Beliau juga telah menyampaikan piala dan hadiah-hadiah bagi setiap pertandingan.


YBrs Dr. Noriati A. Rashid memeriksa barisan kehormat

Semoga KAGUM ini dapat meningkatkan kemahiran pelatih dalam pelbagai bidang dan menjadi semangat bagi mencapai kejayaan yang diharapkan.

Sunday, August 24, 2014

KMK PKT. 3A DAN 3B IPGK TUN ABDUL RAZAK

Kursus telah dijalankan pada 18 Ogos 2014 di Kem Alapong, Lundu, Sarawak. Seramai 47 orang peserta kursus telah mengikuti KMK ini. Kursus telah dijalankan oleh 10 orang jurulatih yang terdiri dari Baharuddin (Penyelaras Kursus), Hj. Ariffin Zainudin, Hj. Yusof Osman, Ab. Rahim Md. Yassin, Marni Golong (Ketua Kursus), Hj. Ahmadi Amnan, Hajiman Mat Yusak, Mustaffar dan Hj. Wan Kamaruddin Wan Hassan.



Aktiviti yang dijalankan berupa interaksi kuliah, amali, sistem pangkalan dan sistem kedai. Di hari akhir kursus sekawan yang telah mencapai "camping standard" telah dianugerahkan "Giant Beads".



Anugerah "Giant Beads"
Semua peserta telah lulus dan layak menyambung untuk ke peringkat KMK 4. Semoga semua peserta akan berjaya dikalungkan dua biji manikayu di hujung tahun 2014.

Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 dan maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan pengakap dari seluruh Malaysiai. Moga semua anda akan ceria dan berbahagia di hari mulia ini. Sama-samalah kita memanfaatkan Hari Raya ini dengan melakukan ziarah antara satu sama lain agar ikatan silaturrrahmi antara kita tetap teguh.


Tuesday, May 27, 2014

MESYUARAT AGUNG AHLI MAJLIS TADBIR MPKLMIPGM 2014tT



Mesyuarat telah dijalankan di Pusat Latihan KWSP di Bangi, Selangor. Ia bermula dari dari 26 Mei - 29 Mei 2014. Majlis dirasmikan oleh Rektor IPGM, Tuan Sulaiman bin Wak.

Tuan Rektor bersama barisan AMT

Di majlis ini juga telah disampaikan watikah bagi Ahli Majlis Tadbir MPKLM dan Pesuruhjaya Daerah. Seramai 28  AMT dan 17 PJD telah menerima watikah di majlis ini. Pengerusi MPKLM, Dr. Noriati bt. A. Rashid juga telah menyampaikan kad keahlian kepada Tuan Rektor IPGM.

Tuan Rektor menerima Kad Keahlian dari Pengerusi

Pn. Narita menerima watikah perlantikan dari Tuan Rektor

Pada masa yang sama juga Majlis Pesuruhjaya Daerah telah ditubuhkan. Pengerusinya ialah En. Marni bin Golong dari IPGK Miri Sarawak. Timbalan Pengerusi - En. Kholid bin Salleh (IPGKSAH), Setiausaha - Nurulain Shahira bt. Abdullah (iPGKK). Majlis ini dianggotai oleh semua 27 daerah KLM / IPGK.

Barisan AMT sedang bermesyuarat

Bengkel pemantapan juga dijalankan oleh AMT kepada semua PJD dalam pengurusan daerah KLM masing-masing dalam aspek pentadbiran, latihan, pencalonan pingat dan bintang dan lain-lain.

Cenderahati buat Pn. Roslin dari MPKLMIPGM

Majlis Jasamu Di Kenang juga telah dijalankan untuk Pn. Roslin Ong bt. Abdullah dari IPGK Ipoh pada 28 Mei 2014. Majlis diadakan bagi mengenang jasa beliau yang menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai Bendahari MPKLM. Beliau bertugas di bawah kepemimpinan En. Mohd Radzi bin Johari.

Barisan Ahli Majlis Tadbir MPKLMIPGM 2013-2015


Barisan Majlis Pesuruhjaya Daerah

Tuesday, March 11, 2014

KMK MPKLM ZON SARAWAK

Telah dilaksanakan pada 7-9 Mac 2014 di Kem Belia Pueh, Sematan, Sarawak. Peserta terdiri dari IPGK Batu Lintang dan IPGK Tun Abdul Razak.

Akela 

Baharuddin

Seramai 137 peserta dan 11 jurulatih telah menghadiri KMK ini. Ketua Kursus terdiri dari En. Mustapha Othman, Tn. Hj. Musah Ahmad dan Tn. Hj. Mohd Razi Mohd Junid.Jurulatih jemputan terdiri Mohd Radhi Johari, Ariffin Zainuddin. Yusof Osman, Tormadi Jono dan Mohd Razi Mohd Mohd Junid.

Pek 2 dan jurulatihnya

Hj. Ahmadi Amnan
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Jamiran bin Salam, Timbalan Pengarah IPGK Batu Lintang. Antara kata-kata hikmahnya, beliau menegaskan KMK ini dapat membina sahsiah dan jati diri peserta bagi membimbing anak didik menjadi negara bangsa yang berguna.

Perbarisan kehormat oleh En. Jamiran Salam
Peserta akan meneruskan KMK 3a dan 3b pada bulan Ogos 2014 nanti. Semoga impian mendapat 2 biji manikayu menjadi kenyataan.

Thursday, February 6, 2014

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA MPKLM ZON SELATAN


Mesyuarat MPKLMIPG Zon Selatan Kali 1/2014 telah diadakan pada 6 Februari 2014, bertempat di IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, En. Koh Kok Hwee.



MPKLM Zon Selatan terdiri dari IPGK Raja Melewar, Negeri Sembilan, IPGK Temenggong Ibrahim, Johor, IPGK Perempuan Melayu, Melaka dan IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Dalam mesyuarat ini dua orang pensyarah iaitu Pn. Kharsiyah Khalid dan Puan Norzeha Othman telah dikalungkan 2 biji manikayu sebagai pemimpin yang bertauliah. Pengalungan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLMIPG, En. Mohd. Radzi Johari.


Di samping itu dua orang jurulatih antarabangsa yang akan bersara pada tahun 2014 ini juga diraikan. Mereka ialah En. Zulkafli Ariffin (Februari) dan Dr. Suthanthirandevi Money (Ogos).

Ucapan terima kasih atas sumbangan, semoga ALLAH memberkati jua jasa-jasa kedua-duanya. Semoga patah tumbuh akan ada penggantinya. Wassalam.