Wednesday, October 21, 2015

Sambutan Jubli Perak MPKLM IPG 2015

kek jubli perak MPKLM IPG

Telah dilaksanakan di IPG Teknik, Bandar Enstek, Nilai pada 19-21 Oktober 2015.Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara YBhg. Tan Sri Dato' Seri Paduka DR. Hj. Shafie Bin Mohd. Salleh.




Objektif sambutan adalah untuk memperingati 30 tahun penubuhan MPKLM, disamping itu untuk meningkatkan semangat persaudaraan dan memberi pengiktirafan terhadap jasa dan bakti para mantan pemimpin dan pemimpin MPKLM.

Ketua Pengakap Negara memotong reben
suasana dalam Dewan Seri Intan IPGKPT

Koir Irama Rimba di bawah pimpinan Pn. Zaharah

 Di majlis ini juga diadakan Penganugerahan Pingat dan Sijil Kepujian PPM. Seramai 33 orang yang terdiri dari Pengarah IPGK dan Pengurusan Tertinggi telah menerima Pingat Jasa Pengakap (PJP), 1 orang menerima Pingat Gemilang, 6 orang menerima Pingat Cemerlang, 11 orang menerima Pingat Perkhidmatan Lama, 9 orang menerima Pingat Perkhidmatan Setia, 3 orang Pingat Perkhidmatan Baik dan 69 orang menerima Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

En. Rohaizat bersama pasukan pameran
Barisan mantan MPKLM BPG
Di Majlis Sambutan Jubli Perak MPKLM yang dirasmikan oleh Rektor IPGK, Dato' Sulaiman bin Wak, 16 orang menerima Pingat Jubli Perak MPKLM dan 200 menerima Sijil Peringatan Jubli Perak MPKLM. Di majlis ini juga telah dilancarkan Lagu MPKLM bertajuk MPKLM tetap unggul.

ucap utama Rektor IPGM

Pingat Jubli Perak MPKLM

MPKLM tetap unggul
Di Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Timbalan Rektor Dr. Noriati A. Rashid, seramai 5 orang telah dikalaungkan 3 biji manikayu terdiri  dari Dr. Ali Ahmad Seman, Pn. Siti Khazimah Sallip, Tn. Hj. Rohaizad Agil, Tn. Hj. Hamdan Zainal Afuad, Pn. Eliyawaton Mohd. Alias dan 2 biji manikayu terdiri dari Ustaz Kholid Saleh dan Cik Tan Kuan Tee.Pengalungan manikayu telah disempurnakn oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM IPG, En. Mohd. Radzi Johari.


Pn. Eliyawaton menerima Sijil Tugas Kehormat Penolong Jurulatih

Cik Tan Kuan Tee menerima 2 biji manikayu

barisan penerima manikayu memperbaharui Persetiaan Pengakap



Cenderahati sempena Sambutan Jubli Perak MPKLM:

buku program

key chain

lencana jubli perak

plak jubli perak
Alhamdulillah majlis ini juga telah mendapat liputan dari akhbar tempatan Utusan:





Saturday, September 26, 2015

KMK PKT. III IPGK SARAWAK

Telah dilaksanakan pada 18-21 September 2015 di Tapak GERKO IPGK Sarawak. Seramai 30 orang peserta kursus terdiri dari Semester 6 dan 8 telah mengikuti KMK ini. Seramai 5 orang jurulatih telah mengendalikan KMK ini. Peserta dibahagikan kepada 3 sekawan iaitu Biri, Merah dan Kuning.


sekawan BIRU

sekawan KUNING

sekawan MERAH


sesi Tn. Hj. Khairil Sulaiman


pemeriksaan pagi oleh En. Mustaffar Ahmad

kem kraf


barisan Ketua Sekawan

pengalungan "Giant Bead"

Terima kasih dan Sayonara dari En. Marni Golong

pemulangan alatan
Semua peserta telah lulus dan berazam melengkapkan Pkt. IV semasa praktikum di sekolah masing-masing. Tahniah kepada Pesuruhjaya Daerah KLM-28 yang juga merangkap Ketua Kursus, En. Marni Golong yang memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan KMK ini.

Monday, September 7, 2015

KMK MPKLM ZON TENGAH

Telah dilaksanakan pada 4 - 6 September 2015 di Kem Pengakap Mutiara Semenyih, Selangor. KMK di ketuai oleh Cik Haslinda dan En. Rohaizat Peserta kursus seramai 73 orang terdiri dari IPGK Teknik, IPGK BMM dan  IPGK BA. Peserta dari PISMP Ambilan Jun 2013 Semester 4. Kursus telah dirasmikan oleh Akela, En. Radzi bin Johari.


sesi memperkenalkan jurulatih


laung agung Pek B

mesyuarat jurulatih

sistem pengkalan oleh En. Patarai

Akela bersama peserta kursus

Akela bersama En. Rohaizat
Semua peserta telah lulus dengan jayanya dan berazam untuk meneruskan ke peringkat 2 dan 3. Tahniah kepada semua. Salam Pengakap!!!

Tuesday, August 18, 2015

KURSUS JURULATIH ANTARABANGSA (CLT) 2015


PPM telah mengadakan CLT pada 8-15 Ogos 2015 di Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort, Jalan Sungai Lalang, Semenyih. Yuran Penyertaan ialah RM 450.00 seorang.



Syarat Penyertaan:
1. Telah berdaftar sebagai ahli Pengakap bagi tahun 2015.
2. Telah didaftarkan sebagai Penolong Jurulatih Kebangsaan tidak kurang 3 tahun.
3. Berumur tidak kurang daripada 35 tahun ke atas.
4. Memiliki MK 2 biji daripada 2 unit pengakap ( MK yang kedua sekurang-kurangnya telah hadir sehingga  Peringkat III (Bahagian 1 dan 2).
5. Seorang Penolong Jurulatih Kebangsaan yang aktif dan dicalonkan oleh pihak negeri.



Peserta dari MPKLM IPGM KPM terdiri dari:
1. Pn. Che Som bt. Baharum -IPGK Perlis
2.En. Othman b. Che Man - IPGK TTuanku Bainun
3.Cik Haslinda bt Mohd. Saad - IPGK Bahasa Melayu Serantau
4.Pn. Siti Khazimah bt. Sallip - IPGKTeknik
5.Tn. Hj. Rohaizad b. Agil- IPGK Teknik
6.Tn. Hj. Patarai b. Cholen - IPGK Teknik
7.En. Ismail b. Saiman - IPGK Tun Hussein Onn
8.En. Safri b Abd. Aziz - IPGKDRI
9.En. Hamidi b Salleh - IPGKDRI
10.Dr. Ali Ahmad b. Seman - IPGK Islam
11.En. Mohd. Haris b. Johari - IPGK Islam

Jurulatih MPKLM IPGM KPM ialah Cik Lau Hooi Lin.Tahniah kepada semua, semoga berjaya menyiapkan tugasan dan dikalaungkan 4 biji manikayu.

Saturday, August 8, 2015

KMK Peringkat 3 PKK IPGK Batu Lintang Sarawak

Telah berlangsung pada 4 - 7 Ogos 2015 di Kem Alapong, Lundu, Sarawak. Ketua Kursus, En. Tormadi Jono dari IPGKTI. Seramai 23 orang peserta kursus IPGK Batu Lintang PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014.Jurulatih terdiri dari En. Radhi Johari, Tn. Hj. Ariffin Zainuddin, Tn. Hj. Yusof Osman, Tn. Hj. Kharil Sulaiman, En. Marni Golong, En. Mustapha Othman, En. Kamarudzaman Mohd. Ali, Tn. Hj. Ahmadi Amnan, Pn. Litat Bilung, Utz. Mahadi Khalid dan En. Mustaffar Ahmad.



Majlis Penutupan dirasmikan oleh En. Jamiran bin Salam, Timbalan Pengarah IPGK Batu Lintang, Sarawak.Sekawan Biru berjaya memakai Manikayu Gergasi.....Tahniah.

aktiviti peserta

sesi pembentangan

Akela dengan sesi WOSM

tapak dapur tradisional

katil peserta

Ariffin-Kharil-Radhi-Yusof
sekawan BIRU

Barisan Jurulatih

sekawan KUNING

sekawan MERAH

perasmian penutupan KMK3

Info dari UTUSAN SARAWAK