Wednesday, October 21, 2015

Sambutan Jubli Perak MPKLM IPG 2015

kek jubli perak MPKLM IPG

Telah dilaksanakan di IPG Teknik, Bandar Enstek, Nilai pada 19-21 Oktober 2015.Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara YBhg. Tan Sri Dato' Seri Paduka DR. Hj. Shafie Bin Mohd. Salleh.




Objektif sambutan adalah untuk memperingati 30 tahun penubuhan MPKLM, disamping itu untuk meningkatkan semangat persaudaraan dan memberi pengiktirafan terhadap jasa dan bakti para mantan pemimpin dan pemimpin MPKLM.

Ketua Pengakap Negara memotong reben
suasana dalam Dewan Seri Intan IPGKPT

Koir Irama Rimba di bawah pimpinan Pn. Zaharah

 Di majlis ini juga diadakan Penganugerahan Pingat dan Sijil Kepujian PPM. Seramai 33 orang yang terdiri dari Pengarah IPGK dan Pengurusan Tertinggi telah menerima Pingat Jasa Pengakap (PJP), 1 orang menerima Pingat Gemilang, 6 orang menerima Pingat Cemerlang, 11 orang menerima Pingat Perkhidmatan Lama, 9 orang menerima Pingat Perkhidmatan Setia, 3 orang Pingat Perkhidmatan Baik dan 69 orang menerima Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

En. Rohaizat bersama pasukan pameran
Barisan mantan MPKLM BPG
Di Majlis Sambutan Jubli Perak MPKLM yang dirasmikan oleh Rektor IPGK, Dato' Sulaiman bin Wak, 16 orang menerima Pingat Jubli Perak MPKLM dan 200 menerima Sijil Peringatan Jubli Perak MPKLM. Di majlis ini juga telah dilancarkan Lagu MPKLM bertajuk MPKLM tetap unggul.

ucap utama Rektor IPGM

Pingat Jubli Perak MPKLM

MPKLM tetap unggul
Di Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Timbalan Rektor Dr. Noriati A. Rashid, seramai 5 orang telah dikalaungkan 3 biji manikayu terdiri  dari Dr. Ali Ahmad Seman, Pn. Siti Khazimah Sallip, Tn. Hj. Rohaizad Agil, Tn. Hj. Hamdan Zainal Afuad, Pn. Eliyawaton Mohd. Alias dan 2 biji manikayu terdiri dari Ustaz Kholid Saleh dan Cik Tan Kuan Tee.Pengalungan manikayu telah disempurnakn oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM IPG, En. Mohd. Radzi Johari.


Pn. Eliyawaton menerima Sijil Tugas Kehormat Penolong Jurulatih

Cik Tan Kuan Tee menerima 2 biji manikayu

barisan penerima manikayu memperbaharui Persetiaan Pengakap



Cenderahati sempena Sambutan Jubli Perak MPKLM:

buku program

key chain

lencana jubli perak

plak jubli perak
Alhamdulillah majlis ini juga telah mendapat liputan dari akhbar tempatan Utusan: