Monday, April 11, 2016

KMK PKT. 1 IPGK BATU LINTANG SARAWAK


Alhamdulillah telah dilaksanakan dengan jayanya dari 8 April - 10 April 2016 di Kampus IPGK Batu Lintang Sarawak. Seramai 89 orang peserta kursus KMK telah mengikuti kursus ini dengan di ketuai oleh En. Mustaffa Othaman dan En. Kamarulzaman.

Mesyuarat KMK
Taklimat dari Pengarah IPGKBL

Kursus telah dibantu oleh 4 orang Jurulatih Antarabangsa dari Semenanjung iaitu En. Radhi, En. Zainal Ariff, Tn. Hj. Khairil Suliman dan Tn. Hj. Yusof Osman.

Pada 10 April 2016, 10 orang yang terdiri 2 orang pensyarah iaitu Ustaz Mahadi dan Puan Litat dan 8 orang pelajar dari sem. 7 telah dikalongkan 2 biji Manikayu oleh En. Radhi, Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLM IPGM KPM.

Tahniah -anugerah 2 biji manikayu
barisan jurulatih

sistem pangkalan

Tahniah untuk IPGK Batu Lintang yang berjaya melahirkan ramai pemimpin pengakap yang bertauliah. Majlis penutupan telah disempurnakn oleh Che' Gu Badui, Pengarah IPGK Batu Lintang.