Saturday, September 22, 2018

KARNIVAL KEPEMIMPINAN PENGAKAP ABAD KE-21

Karnival ini telah dilaksanakan pada 18 hingga 20 September 2018. Ia dianjurkan oleh PPM KLM IPGKPM dengan kerjasama IPGKBA dan IPGM dan program dijalankan di IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.


Sebanyak 11 KLMIPGK hadir, terdiri dari IPGK Temenggong Ibrahim Johor, IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, IPGK Teknik, Nilai,IPGK Tengku Bainun Pulau Pinang, IPGK Ipoh,
IPGK Tuanku Ampuan Afzan, IPGK Batu Lintang, Sarawak, IPGK Tuanku Abdul Rahman, Sarawak,IPGK IPGK Raja Melewar, Seremban,IPGK Islam, Bangi, IPGK Dato' Razali Ismail, Terengganu . Seramai 150 orang peserta terdiri 118 orang pelajar dan 32 orang pensyarah.

Program melibatkan: pelancaran lagu KLM Tetap Unggul, Kolokium, Forum Belia, Pertandingan Inovasi, Program Alam Sekitar, Messenger Of Peace, Radio Amateur dan pertandingan
kesenian dan kebudayaan. Peserta yang terdiri dari bakal Penolong Pemimpin Pengakap mendapat ilmu pengetahuan dari ceramah dan ucap utama dan juga memperolehi kemahiran dari aktiviti yang dijalankan. Kesemua peserta berasa seronok dan ceria kerana dapat bertukar fikiran dalam aspek ilmu, kemahiran dan kepemimpinan.

Majlis perasmian dilakukan oleh En. Dahlan dari SHEPHL IPGM dan penutupan oleh
En. Nazri KJ HEP IPGKBA.

Majlis Perasmian oleh En. Dahlan

Bersama mantan Akela - En. Radhi Johari

IPGK Temenggong Ibrahim Johor telah memenangi pertandingan inovasi untuk Kategori Emas dan Perak. Kategori Emas (Sim Kat UB Games) terdiri dari Dr. Zairi,Nor Hafizah Shafiee, Siti Rahmah Adam dan Azman Mohd Fadzil. Kategori Perak ( Mini Pioneering Kit) terdiri dari En. Zali Abd. Rahman, Muhammad Naqib Norhasimi, Muhammad Azfar Azri Azmin dan Nuramin Nafek. Pertandingan Kesenian dan Kebudayaan dijuarai oleh IPGK Tengku Bainun Pulau Pinang. IPGKTI juga terlibat dalam pembentangan kolokium iaiti Dr. Zairi Hussain dan En. Zali A. Rahman dengan kertas kerjanya bertajuk "Pemupukan Kemahiran Hayat (life skills) dan pemindahanya melalui program kepengakapan dalam kalangan siswa guru". 2 orang peserta IPGKTI juga telah berjaya dikalungkan dengan Skarf MOP kerana telah menjalankan "service hours" melebihi 100 jam, mereka ialah En. Zali Abd. Rahman dan Nuramin Nafek.

Inovasi : Emas

Pemenang Emas dan Perak

Inovasi : Perak