Friday, June 5, 2015

KURSUS MANIKAYU PENGENALAN DAN PKT.1 ZON SELATAN

Kursus telah dijalankan di PLGDP Bandar Tenggara, Kulai, Johor anjuran BPG dan MPKLM Zon Selatan. Kursus bermula dari 25 Mei - 28 Mei 2015 yang dihadiri oleh guru-guru dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, Dua unit telah dijalankan iaitu Unit Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda.

barisan jurulatih






Jurulatih kursus terdiri dari En. Ab. Latif Awi (Ketua Kursus PKK), Kapten Asrar Sidon (Ketua Kursus PM), En. Radzi Johari, En. Zainal Arif Mat, Tn. Hj. Ariffin Zainuddin, Tn. Hj. Yusof Osman, Tn. Hj. Khairil Sulaiman, Tn. Hj. Tormadi Jono, Pn. Hjh. Kamaliah Ismail dan Tn. Hj. Zulkafli Ariffin.

pemeriksaan pagi


sesi Kuliah

Sistem Pengkalan



sekawan MERAH

sekawan BIRU

patrol Pengakap Muda



majlis penutupan oleh Encik Ahmad Sawlahuddin Bin Mohd Nor


peserta kursus

Kursus telah ditutup rasmi oleh Encik Ahmad Sawlahuddin Bin Mohd Nor, Penolong Pengarah
Sektor Kompetensi Pembelajaran dan Pengajaran, Bahagian Pendidikan Guru. Beliau juga bertindak sebagai Penyelaras Kursus ini. Dalam ucapan penutupan beliau berjanji akan menganjurkan KMK Pkt. 3A dan 3B, kerana minat peserta yang positif ditunjukkan sepanjang berkursus.

Tahniah kepada semua peserta kerana telah lulus dan semoga beroleh 2 biji manikayu yang diidamkan. Sayonara kita berjumpa lagi.

Saturday, April 25, 2015

Pengalungan Manikayu IPGK Temenggong Ibrahim Johor 2015

Setelah sekian lama IPGKTI melatih pemimpin pengakap. akhirnya telah berjaya mengalungkan 2 biji manikayu kepada 7 orang yang terdiri dari Pn. Khalidah Ahmad (pensyarah), Lau Chia Wei , Muhamad Azri Amir, Muhamad Rasul Amat, Nursalina Abd. Mutallib, Noor Mardiana Ghazali dan Zalina Kadir.

Pelajar IPGKTI addalah dari Kursus PISMP dan KPLI KDC JAJ 2013. Pelajar telah pun posting di Klang, Sabah dan SMA Lughatil Arabiah Tangkak, Ledang, Johor.

penerima dari SMA Lughatil Arabiah Tangkak

Barisan jurulatih dan penerima

Persetiaan Pengakap

PJD KLM17 Pn. Khalidah menerima manikayu
Perasmian majlis

Majlis pengalungan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Yusof bin Osman (PKPPNg MPKLM IPGM) di KMK Pkt. 1 yang berlangsung di Mutiara Motor Resorts, Tg. Sedili, Kopta Tinggi.

Tahniah kepada penerima manikayu, semoga mereka akan terus bergiat aktif di daerah masing-masing dan menjadi penyuntik semangat kepada peserta KMK untuk menjadi pemimpin pengakap yang bertauliah.


Saturday, January 31, 2015

KOLOKIUM ANTARABANGSA KEPEMIMPINAN PENGAKAP 2015

LOGO KOLOKIUM



Tema :“Transformasi Budaya Wahana Memartabatkan Kepemimpinan Pengakap”


Anjuran Bersama : Persekutuan Pengakap Malaysia dan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia 

TARIKH :  19 Mac – 22 Mac 2015 (Khamis - Ahad) 

TEMPAT :  

TELTTRaC, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu,Terengganu.

 PERASMIAN   

Pembukaan:YAB Dato’ Hj. Ahmad Razif bin Abdul Rahman (Menteri Besar Terengganu)

Penutupan:YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie Mohd. Salleh (Ketua Pengakap Negara)



Jawatankuasa Pelaksana:

Pengerusi:                                      :
En. Ab. Rahim bin Yasin (IPGK Pendidikan Teknik)

Timbalan Pengerusi:
Dr. Ali Ahmad bin Seman (IPGK Pendidikan Islam)

Naib Pengerusi:
Tn. Hj. Yaakob bin Atan (IPGK Raja Melewar)

Setiausaha:                                   
En. Zainal Ariff bin Mat (IPGK Ipoh)
En. Mohd. Azri bin Ramli @ Hisham

Pen. Setiausaha                         
Pn. Siti Khadzimah binti Sallip (IPGK Pendidikan Teknik)
En. Nor Azamuddin bin Hamzah

Bendahari :            
Pn. Kamaliah binti Ismail  (IPGK Pendidikan Islam)
Pn. Siti Ramlah binti Ahmad (PPM)

Sekretariat/Urus Setia/Undangan :
En. Mohd. Azri bin Ramli @ Hisham
En. Zainal Ariff bin Mat
Tn. Hj. Yaakob bin Atan
En. Nor Azamuddin bin Hamzah
Pn. Siti Khadzimah binti Sallip
Pn. Kamaliah binti Ismail
Pn. Siti Ramlah binti Ahmad
En. Mohd. Hajiman bin Mat Sujak
En. Sukran bin Hj. Nalamin
En. Shahril bin Kuru (PPM)
Pn. Rosnah binti Baharom (PPM)
Cik Natasha binti Baharom (PPM)

Pendaftaran/Sambutan  :    
Tn Hj. Hamdan bin Abdul Manaf (K) (IPGK Dato’ Razali Ismail)
Tn Hj.Arifin bin Zainuddin (IPGK Pendidikan Islam)
Pn. Narita binti Mohd. Nor (IPGK Kota Bharu)
Encik Mohd. Azri bin Ramli (PPM)
Encik Mohd. Nor Azamuddin bin Hamzah (PPM)

Penyelarasan Kertas Kerja Pembentangan/Resolusi/Prosiding Kolokium/Pelaporan dan Dokumentasi :   
Dr. Fatimah binti Tambi  (IPGK Pendidikan Islam)          
Dr. Zaida Nor binti Zainudin (IPGK Pendidikan Islam)    
Dr. Tam Yeow Kwai (IPGK Raja Melewar)
Dr. Mazlan bin Hj. A. Karim (IPGK Tun Hussein Onn)

Penyediaan dan Pengurusan Tempat/Pengurusan Majlis:      : 
Tn. Hj. Abdullah Kamal bin Abu Bakar  (IPGK Dato’ Razali Ismail)
En. Rahim bin Mohamad (IPGK Dato’ Razali Ismail)

Seranta/Publisiti/Teknikal/Siar Raya:              :
YM Tuan Rosdan bin Tuan Muda (K) (IPGK Darulaman)                                    
En. Hamidi bin Salleh  (IPGK Dato’ Razali Ismail)
En. Sarudin bin Mohd. Amin  (IPGK Tengku Ampuan Afzan)

Penginapan/Keselamatan/Kebajikan:            : 
Tn. Hj. Safri bin Aziz (K) (IPGK Dato’ Razali Ismail)                          
Pn. Zaharah binti Abd. Manaf (IPGK Ipoh)

Protokol/Pengurusan Majlis/Teks Ucapan/Bacaan Doa:           : 
Tn. Hj. Kharil bin Sulaiman (K)  (IPGK Tun Hussein Onn)
En. Idrus Hisham bin Ismail  (IPGK Dato’ Razali Ismail)
Kapt. Asrar bin Sidon (IPGK Tun Hussein Onn)
Kapt. Fauzi bin Alwi (IPGK Gaya)
Mejar Rusila bin Haruman (PPM)

Jamuan/Makan Minum:            :
Pn. Hjh. Faizah binti Jaafar (K)  (IPGK Dato’ Razali Ismail)
Pn. Kamaliah binti Ismail  (IPGK Pendidikan Islam)
Pn. Siti Ramlah binti Ahmad (PPM)

Buku Program: 
Tn. Hj. Yusof bin Osman (K)  (IPGK Temenggong Ibrahim)
Pn. Hjh. Suriany binti Mat Nor  (IPGK Dato’ Razali Ismail)
Pn. Che Som binti Baharum (IPGK Perlis)

Sijil dan Cenderamata:                   
Pn. Azlinda binti Aziz  (K) (IPGK Dato’ Razali Ismail)
Pn. Eliyawaton binti Mohd. Alias (IPGK Sultan Abdul Halim)

Persiapan Dewan dan Pentas:     
Tn. Hj. Abdul Rahim bin Abdullah (K)  (IPGK Darulaman)
Tn. Hj. Jamaluddin bin Alias (IPGK Dato’ Razali Ismail)
Pegawai Grafik IPGK Dato’ Razali Ismail

Pengangkutan dan Tugas-Tugas Khas:
En. Abdul Ronif bin Jamaluddin (K) (IPGK Dato’ Razali Ismail)
En. Mohd. Azhar bin Zainal (SHEPHL, IPGM)
En. Ahmad Yani bin Ahmad Yusof  (PPA, IPGM)
En. Mohamad Jun bin Basaruddin (JPPP, IPGM)

Wednesday, October 15, 2014

KAGUM UNIT BERUNIFORM IPGM 2014



Telah berlangsung dari 10 - 13 Oktober 2014 di Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka. Ia bertujuan untuk menyediakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar IPG KPM dalam mengelola dan menguruskan sesuatu kejohanan atau pertandingan.
YB memeriksa barisan keh

Pn. Rubiah menerima Anugerah Kepimpinan

KAGUM telah dirasmikan pada 12 Oktober 2014 oleh YB. Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1. YB juga telah melapangkan masa melawati tapak perkhemahan setiap unit dan melihat beberapa aktiviti pertandingan seperti Pertolongan Cemas dan Masakan Rimba.


YB melawat pameran di Unit Pengakap

Unit Pengakap telah menjadi Johan Keseluruhan di antara unit-unit yang lain setelah menjuarai Standard Perkhemahan, Pioneering, Orienteering dan Permainan Tradisional. Pelatih Ridzwan dari IPGK Islam telah menjuarai Komander terbaik kawad.

Komander Kawad Ter

Piala Kejohanan Keseluruhan
 Majlis penutupan KAGUM telah dirasmikan oleh YBrs. Dr.Noriati bt. A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM pada 13 Oktober 2014. Beliau juga telah menyampaikan piala dan hadiah-hadiah bagi setiap pertandingan.


YBrs Dr. Noriati A. Rashid memeriksa barisan kehormat

Semoga KAGUM ini dapat meningkatkan kemahiran pelatih dalam pelbagai bidang dan menjadi semangat bagi mencapai kejayaan yang diharapkan.

Sunday, August 24, 2014

KMK PKT. 3A DAN 3B IPGK TUN ABDUL RAZAK

Kursus telah dijalankan pada 18 Ogos 2014 di Kem Alapong, Lundu, Sarawak. Seramai 47 orang peserta kursus telah mengikuti KMK ini. Kursus telah dijalankan oleh 10 orang jurulatih yang terdiri dari Baharuddin (Penyelaras Kursus), Hj. Ariffin Zainudin, Hj. Yusof Osman, Ab. Rahim Md. Yassin, Marni Golong (Ketua Kursus), Hj. Ahmadi Amnan, Hajiman Mat Yusak, Mustaffar dan Hj. Wan Kamaruddin Wan Hassan.



Aktiviti yang dijalankan berupa interaksi kuliah, amali, sistem pangkalan dan sistem kedai. Di hari akhir kursus sekawan yang telah mencapai "camping standard" telah dianugerahkan "Giant Beads".



Anugerah "Giant Beads"
Semua peserta telah lulus dan layak menyambung untuk ke peringkat KMK 4. Semoga semua peserta akan berjaya dikalungkan dua biji manikayu di hujung tahun 2014.