Monday, March 20, 2017

MAJLIS BUDI DIKENANG JASA DIJULANG

Telah berlangsung pada 15 Mac 2017 mulai 8.00 - 11.15 malam. Tetamu kehormat ialah YBhg. Dr. Noriati Binti A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM, KPM. Ahli Majlis Tadbir yang diraikan ialah;

  1. Dr. Noriati A. Rashid : NYDP MPKLMIPG
  2. En. Mohd Radhi Johari : Ketua PJ Negeri MPKLMIPG
  3. Cikgu Bedui Une : Pengerusi MPKLMIPG Zon Sarawak
  4. En. Hassan Pardi  : Pengerusi MPKLMIPG Zon Tengah
  5. Dr. Hamzah Ihsan : Pengerusi MPKLMIPG Zon Selatan (2016).
  6. Tn. Hj. Arifin Zainudin : Pen Ketua PJ Negeri Unit Latihan
  7. Tn. Hj. Abdullah Kamal Abu Bakar : Pen. Ketua PJ Negeri Zon Timur
  8. Pn. Nani Hayati Razikin : Pen SU Kehormat III MPKLMIPG
  9. En. Mohd Hajiman Md. Sujak : Pen. Ketua PJ Negeri Zon Sarawak
  10. En. Muhammad Tangah : Pen. Ketua PJ Negeri Zon Sarawak
  11. Tn. Hj. Shah Anuar Harun : Timbalan Pengerusi MPKLMIPG
  12. En. Mustaffar Ahmad : Pen. Ketua PJ Negeri Unit Pengurusan Risiko dan Pembangunan Insan
  13. En. Abdul Latif Awi : Pen. Ketua PJ Negeri Unit Pakaian Seragam dan Kawat Kaki
  14. En. Hassan Pardi : Pengerusi MPKLMIPG Zon Selatan (Bersara Julai 2017)
  15. Pn. Hjh. Nik Samiha binti Nik Mohd Maidin : Pengerusi MPKLMIPG Zon Tengah

Tn. Hj. Shah Anuar bin Harun




En. Mohd Radhi Johari dan Dr. Noriati A. Rashid

Dr Noriati bersama rakan-rakan



En. Mohd Radhi bi Johari


Dr. Hamzah bin Ihsan

En. Hassan bin Pardi 

Pn. Hjh. Nik Samiha binti Nik Mohd Maidin


Tn. Hj. Abdullah Kamar bin Abu Bakar

Cikgu Bedui bin Une
Tn. Hj. Arifin Zainudin


En. Mohd Hajiman Md. Sujak

En. Muhammad Tangah
Barisan Ahli MPKLMIPG yang bersara

MPKLMIPG BERAMBEH, SARAWAK 2017


Program ini melibatkan 5 program utama iaitu:
  1. KMK Pengakap Muda Peringkat 1 pada 13-15 Mac 2017
  2. Majlis Budi DiKenang Jasa DiJulang  pada 15 Mac 2017
  3. Majlis Pelancaran Buku pada 15 Mac 2017
  4. Majlis Penganugerahan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara dan Pingat Perkhidmatan Lama  pada 15 Mac 2017
  5. Mesyuarat Agung MPKLMIPG Bil.06/2017 pada 16 Mac 2017
penyambut tetamu
ketibaan peserta

pendaftaran peserta


Program ini dijalankan di IPGK Batu Lintang Kuching, Sarawak dari 13 - 16 Mac 2017 dan disempurnakan oleh Timbalan Rektor IPGM, KPM iaitu Yang Berbahagia Dr. Noriati Binti A. Rashid.

Barisan Ahli MPKLM

AMT dan PJD yang terlibat dalam MPKLMIPG Berambeh Sarawak 2017

Barisan peserta MPKLMIPG Berambeh Sarawak 2017
Orang kuat IPGKBL yang memainkan peranan utama demi menjayakan Program MPKLMIPG berambeh Sarawak 2017 adalah :

En. Kamarudzaman Mohd. Ali
Pen. Ketua PJ Negeri Zon Sarawak
En. Mustafa Othman
Pesuruhjaya Daerah KLM-29


Litat Bilung : QM Makanan

Terima kasih juga kepada Suzea Q jurukamera IPGKBL yang menyumbang foto-foto untuk blog ini.

Suzea Q

KMK PENGAKAP MUDA PKT.1 PENSYARAH MPKLM IPG

KMK ini telah dijalankan semasa Program MPKLM Berambeh Sarawak 2017. Ia telah berlangsung dari 13 Mac hingga 16 Mac 2017 di IPG Kampus Batu Lintang Sarawak. Permit kursus PM/1-222 dan Ketua Kursus ialah Tn. Hj. Yusof Bin Osman dari KLM-17.




Seramai 27 orang peserta kursus telah mengikuti KMK ini, terdiri dari 24 lelaki dan 3 orang perempuan, mereka terdiri dari Ahli Majlis Tadbir, Pesuruhjaya Daerah dan Pen. Pesuruhjaya Daerah. KMK ini dijalankan untuk tujuan memenuhi salah satu syarat bagi mengikuti CALT dan CLT. Seramai 12 jurulatih dan 5 pembimbing telah membantu KMK ini.










Barisan Jurulatih dan Peserta KMK PM

KMK telah dirasmikan oleh Cikgu Bedui Bin Une, Pengarah IPGK Batu Lintang Sarawak. Peserta terbaik lelaki ialah Baseni Jantra, peserta terbaik perempuan ialah Che Som Baharom dan peserta dengan tongkat kreatif dan buku log lengkap ialah Abdul Ronif Jamaludin. Semua peserta telah lulus dan menerima sijil. Tahniah dan selamat maju jaya.

Monday, April 11, 2016

KMK PKT. 1 IPGK BATU LINTANG SARAWAK


Alhamdulillah telah dilaksanakan dengan jayanya dari 8 April - 10 April 2016 di Kampus IPGK Batu Lintang Sarawak. Seramai 89 orang peserta kursus KMK telah mengikuti kursus ini dengan di ketuai oleh En. Mustaffa Othaman dan En. Kamarulzaman.

Mesyuarat KMK
Taklimat dari Pengarah IPGKBL

Kursus telah dibantu oleh 4 orang Jurulatih Antarabangsa dari Semenanjung iaitu En. Radhi, En. Zainal Ariff, Tn. Hj. Khairil Suliman dan Tn. Hj. Yusof Osman.

Pada 10 April 2016, 10 orang yang terdiri 2 orang pensyarah iaitu Ustaz Mahadi dan Puan Litat dan 8 orang pelajar dari sem. 7 telah dikalongkan 2 biji Manikayu oleh En. Radhi, Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLM IPGM KPM.

Tahniah -anugerah 2 biji manikayu
barisan jurulatih

sistem pangkalan

Tahniah untuk IPGK Batu Lintang yang berjaya melahirkan ramai pemimpin pengakap yang bertauliah. Majlis penutupan telah disempurnakn oleh Che' Gu Badui, Pengarah IPGK Batu Lintang.

Saturday, February 20, 2016

MESYUARAT AGUNG MPKLM TAHUN 2016

Telah dilaksanakan pada 19-20 Februari 2016 di IPGK Ipoh, Hulu Kinta, Perak. Telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Nasrudin bin Basar (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Radhi bin Johari (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG).


INTIPATI UCAPAN PERASMIAN OLEH:
YBrs. Dr. Mohd Nasrudin bin Basar. Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh


Paling penting program kepengakapan perlu mencapai PLO dan CLO yang terdapat dalam RMK Unit Beruniform. Jurulatih atau pemimpin pengakap perlu sentiasa membuat perubahan supaya skim latihan kepengakapan sentiasa mendapat suntikan baharu agar ianya sentiasa relevan dengan masa atau suasana dunia pendidikan abad ke-21.

Untuk melakukan perubahan diri, kita lihat analogi bagaimana seekor helang melakukan transformasi dirinya. Helang sejenis burung yang spesisnya terdapat di mana sahaja tidak kira tempat beriklim tropika, gurun atau beriklim sejuk. Setelah berumur 40 tahun, paruh dan kukunya semakin panjang serta bulunya semakin lebat yang membatasi pergerakannya. Lalu helang mematahkan paruh, memotong kuku dan mencarik-carik bulunya. Kemudian paruh dan kukunya akan tumbuh kembali.Bulunya menjadi lebih nipis. Dengan demikian helang tangkas kembali dan mampu bertahan untuk hidup selama 30 tahun lagi. Manakala helang yang tidak mahu melakukan perubahan mendapati dirinya tidak dapat bertahan lebih lama.

MPKLM perlu melakukan perubahan yang drastik. Proses bina upaya pelajar dan pensyarah perlu berlaku setiap masa supaya berkemampuan meneraju transformasi pendidikan negara masa kini dapat dilaksanakan.. Pengakap perlu mempertingkatkan kemahiran dan melaksanakan proses rebranding agar terus kekal relevan.
Pengakap memerlukan life skill/kemahiran insaniah untuk berhadapan dengan cabaran abad ke-21. Life skill ini yang membuatkan kita dapat meneruskan survival dalam kerjaya.

Untuk meneruskan Survival 4C diperlukan:
o Communication : Berkomunikasi bagi tujuan penyelesaian masalah dengan memberikan idea-idea yang bijaksana bagi mempertingkatkan mutu kerja.
o Collaboration : Semangat koloborasi dan berkemahiran sosial yang tinggi, mampu menarik minat pihak lain untuk bekerjasama menjayakan sesuatu tugas.
o Critical & Creative Thinking : Keupayaan membentuk idea baharu yang berbentuk saintifik, bijaksana dan pengalaman bagi mempertingkatkan nilai sesuatu perkara yang diusahakan.
o Creation : Sentiasa memiliki daya cipta perkara yang baharu secara individu atau berkumpulan agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa diterima oleh semua pihak.


3 domain tambah nilai yang perlu ada:
o Memiliki Technical Power : Berupaya melakukan tugas-tugas teras dan tugas-tugas tambahan dalam satu masa. Boleh melakukan multi tasking tanpa mengurangkan kualiti mana-mana tugasan.
o Memiliki Intelektual Power : Berupaya menentukan idea baharu dan trend terkini dalam melakukan tugasan. Berilmu, sentiasa membuat bacaan dan kajian yang meluas.
o Memiliki External Power : Memiliki keluarbiasaan yang tidak dimiliki oleh orang lain dalam aspek pemikiran, tindakan dan penyelesaian masalah.


Kita perlu sentiasa melihat apa yang telah dan sedang berlaku. Sebagai contohnya industri kamera yang dulunya sangat terkenal di Tokyo. Dengan perkembangan teknologi telefon mudah alih, industri kamera semakin terancam. Penggunaan filem sudahpun pupus, syarikat Fujifilm, pencipta filem terpaksa berubah kepada industri perubatan. Syarikat pengeluar kamera yang lain juga sedang beralih kepada industri lain. Syarikat Sony dan Canon cuba beralih kepada bidang kesihatan.
Dalam susana ekonomi hari ini, kita perlu melakukan usaha mengoptimumkan sumber yang ada. Perlu gunakan 4C supaya aktivit yang hendak dilakukan tiada kecacatan dan pembaziran. “Doing it right on the first time”. Kita semua perlu melihat urgency. Analoginya di lebuh raya, jangan kita sengaja gunakan middle lane kerana kita rasa ianya selamat, tidak perlu laju dan boleh mengubah ke lorong kiri atau kanan dengan mudah, atau kita “malas nak laju”. Kita sepatutnya menggunakan sesuatu dengan tujuan yang betul (on purpose). Dunia hari ini semuanya bergantung kepada SPEED. Perjalanan, proses kerja dan internet, semuanya bergantung kepada kelajuan. Marilah kita melakukan sesuatu perkara dapat memberikan berimpak tinggi tetapi melibatkan kos yang tidak tinggi. 

Barisan AMT 206
 Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi dan Pesuruhjaya Daerah KLM. Banyak isu dan perkara berkaitan dengan pentadbiran, perancangan dan latihan telah dibincangkan. Pelantikan AMT baru melibatkan:
  • Pen. Ketua Pesuruhjaya Anugerah Pingat: En. Sarudin bin Md. Amin
  • Pen. Ketua Pesuruhjaya Zon Sarawak: En. Kamarulzaman 
  • Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengurusan Risiko: En. Marni bin Golong
  • Pengerusi Majlis Pesuruhjaya MPKLM: Ustaz Kholid
Barisan PJD 2015
Barisan Majlis Pesuruhjaya MPKLM baru
Di majlis ini juga Cik Haslinda telah menerima Sijil Kehormat Penolong Jurulatih dan dikalungkan 3 biji manikayu oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLM.

Haslinda menerima Sijil Kehormat  dari Akela
 Tahniah dan syabas kepada MPKLMIPG, semoga dengan ini bertambah maju dan berjaya mengharumkan pergerakan pengakap MPKLMIPG khususnya dan IPGM amnya.