Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 dan maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan pengakap dari seluruh Malaysiai. Moga semua anda akan ceria dan berbahagia di hari mulia ini. Sama-samalah kita memanfaatkan Hari Raya ini dengan melakukan ziarah antara satu sama lain agar ikatan silaturrrahmi antara kita tetap teguh.
Wednesday, July 23, 2014
Tuesday, May 27, 2014
MESYUARAT AGUNG AHLI MAJLIS TADBIR MPKLMIPGM 2014tT
Mesyuarat telah dijalankan di Pusat Latihan KWSP di Bangi, Selangor. Ia bermula dari dari 26 Mei - 29 Mei 2014. Majlis dirasmikan oleh Rektor IPGM, Tuan Sulaiman bin Wak.
![]() |
| Tuan Rektor bersama barisan AMT |
Di majlis ini juga telah disampaikan watikah bagi Ahli Majlis Tadbir MPKLM dan Pesuruhjaya Daerah. Seramai 28 AMT dan 17 PJD telah menerima watikah di majlis ini. Pengerusi MPKLM, Dr. Noriati bt. A. Rashid juga telah menyampaikan kad keahlian kepada Tuan Rektor IPGM.
| Tuan Rektor menerima Kad Keahlian dari Pengerusi |
| Pn. Narita menerima watikah perlantikan dari Tuan Rektor |
Pada masa yang sama juga Majlis Pesuruhjaya Daerah telah ditubuhkan. Pengerusinya ialah En. Marni bin Golong dari IPGK Miri Sarawak. Timbalan Pengerusi - En. Kholid bin Salleh (IPGKSAH), Setiausaha - Nurulain Shahira bt. Abdullah (iPGKK). Majlis ini dianggotai oleh semua 27 daerah KLM / IPGK.
| Barisan AMT sedang bermesyuarat |
Bengkel pemantapan juga dijalankan oleh AMT kepada semua PJD dalam pengurusan daerah KLM masing-masing dalam aspek pentadbiran, latihan, pencalonan pingat dan bintang dan lain-lain.
| Cenderahati buat Pn. Roslin dari MPKLMIPGM |
Majlis Jasamu Di Kenang juga telah dijalankan untuk Pn. Roslin Ong bt. Abdullah dari IPGK Ipoh pada 28 Mei 2014. Majlis diadakan bagi mengenang jasa beliau yang menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai Bendahari MPKLM. Beliau bertugas di bawah kepemimpinan En. Mohd Radzi bin Johari.
| Barisan Ahli Majlis Tadbir MPKLMIPGM 2013-2015 |
| Barisan Majlis Pesuruhjaya Daerah |
Tuesday, March 11, 2014
KMK MPKLM ZON SARAWAK
Telah dilaksanakan pada 7-9 Mac 2014 di Kem Belia Pueh, Sematan, Sarawak. Peserta terdiri dari IPGK Batu Lintang dan IPGK Tun Abdul Razak.
Seramai 137 peserta dan 11 jurulatih telah menghadiri KMK ini. Ketua Kursus terdiri dari En. Mustapha Othman, Tn. Hj. Musah Ahmad dan Tn. Hj. Mohd Razi Mohd Junid.Jurulatih jemputan terdiri Mohd Radhi Johari, Ariffin Zainuddin. Yusof Osman, Tormadi Jono dan Mohd Razi Mohd Mohd Junid.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Jamiran bin Salam, Timbalan Pengarah IPGK Batu Lintang. Antara kata-kata hikmahnya, beliau menegaskan KMK ini dapat membina sahsiah dan jati diri peserta bagi membimbing anak didik menjadi negara bangsa yang berguna.
Peserta akan meneruskan KMK 3a dan 3b pada bulan Ogos 2014 nanti. Semoga impian mendapat 2 biji manikayu menjadi kenyataan.
| Akela |
| Baharuddin |
| Pek 2 dan jurulatihnya |
| Hj. Ahmadi Amnan |
| Perbarisan kehormat oleh En. Jamiran Salam |
Thursday, February 6, 2014
MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA MPKLM ZON SELATAN
Mesyuarat MPKLMIPG Zon Selatan Kali 1/2014 telah diadakan pada 6 Februari 2014, bertempat di IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, En. Koh Kok Hwee.
MPKLM Zon Selatan terdiri dari IPGK Raja Melewar, Negeri Sembilan, IPGK Temenggong Ibrahim, Johor, IPGK Perempuan Melayu, Melaka dan IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
Dalam mesyuarat ini dua orang pensyarah iaitu Pn. Kharsiyah Khalid dan Puan Norzeha Othman telah dikalungkan 2 biji manikayu sebagai pemimpin yang bertauliah. Pengalungan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLMIPG, En. Mohd. Radzi Johari.
Di samping itu dua orang jurulatih antarabangsa yang akan bersara pada tahun 2014 ini juga diraikan. Mereka ialah En. Zulkafli Ariffin (Februari) dan Dr. Suthanthirandevi Money (Ogos).
Ucapan terima kasih atas sumbangan, semoga ALLAH memberkati jua jasa-jasa kedua-duanya. Semoga patah tumbuh akan ada penggantinya. Wassalam.
Thursday, December 5, 2013
MAJLIS PENGALUNGAN DUA BIJI MANIK KAYU UNTUK PENSYARAH-PENSYARAH IPG 2013
Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia (MPKLMIPGM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan mengadakan Majlis Pengkalungan dua biji Manik Kayu mengikut ketentuan seperti yang berikut:
Pendaftaran Penerima : 12 Dec 2013 ( Khamis – 14.00 hingga 18.00 petang)
Majlis Pengkalungan : 13 Dec 2013 (Jumaat - 09.00 pagi hingga12.00 tengah hari)
Tempat : Dewan Seri Melati, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 31500 Ulu Kinta, Ipoh, Perak.
Pakaian : Pakaian Seragam Pengakap No. 3
SENARAI PENERIMA DUA BIJI MANIK KAYU:
Tahniah kepada penerima. Semoga anda terus berpengakap.
Pendaftaran Penerima : 12 Dec 2013 ( Khamis – 14.00 hingga 18.00 petang)
Majlis Pengkalungan : 13 Dec 2013 (Jumaat - 09.00 pagi hingga12.00 tengah hari)
Tempat : Dewan Seri Melati, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 31500 Ulu Kinta, Ipoh, Perak.
Pakaian : Pakaian Seragam Pengakap No. 3
SENARAI PENERIMA DUA BIJI MANIK KAYU:
1. PN. SOLEHAH BINTI ISMAIL:IPGKPPM
2. EN. MUSTAPHA BIN OTHMAN : IPGKTI
3. PN. HJH. KHALIDAH BINTI AHMAD : IPGKTI
4. EN. IBRUL HISHAM BIN ISMAIL : IPGKDRI
5. EN. ABD. RAHIM BIN MOHAMAD : IPGKDRI
6. EN. MAHMUD KUSAIRI BIN ABDULLAH : IPGKR
7. EN. RAJASEGARAN A/L M. VELOO : IPGKR
8. EN. AHMAD BIN AMAN : IPGKBL
9. EN. KAMARUDZAMAN BIN MOHD. ALI : IPGKBL
10. EN. KHAIRUL ZAMBRI BIN OTHMAN : IPGKBL
11. En. KHAIRUDIN BIN SAIDIN : IPGKTB
12. En. MOHD. ZAHIR BIN NASIR : IPGKTB
11. En. KHAIRUDIN BIN SAIDIN : IPGKTB
12. En. MOHD. ZAHIR BIN NASIR : IPGKTB
Tahniah kepada penerima. Semoga anda terus berpengakap.
Sunday, November 24, 2013
KURSUS CLT 2013
Kursus CLT untuk Penolong Jurulatih akan diadakan pada 12-19 Disember 2013 (info terkini) di IPGK Ipoh.Semua Penolong Jurulatih yang memakai 3 beads manikayu dan yang telah mengikuti kursus CALT layak memohon.Bayaran kursus RM550.00 seorang termasuk satu beg Kit Jurulatih bernilai RM250.00.
Pendaftaran peserta luar negara
USD400.00 seorang.
Kepada yang belum menerima Sijil Kehormat Penolong Jurulatih, sila isikan borang pencalonan Penolong Jurulatih. Penyertaan
daripada pelbagai negara, termasuk Brunei, Indonesia, Taiwan dan Thailand selain
Malaysia.
Semua urusan permohonan kursus dan pencalonan Penolong Jurulatih hendaklah dialamatkan kepada:
Tn. Hj. Ariffin bin Zainuddin,
Pen. Ketua Pesuruhjaya Latihan
IPG Kampus Pendidikan Islam,
Beg Berkunci No. 214,
Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bandar Baru Bangi, Selangor.
No. HP: 019-2516647
Monday, November 18, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

