Gerak Kerja Kokurikulum Pengakap

Rasional
Menyediakan peluang kepada guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru menceburkan diri dalam Kokurikulum Pengakap melalui MPKLMIPGM kerana guru-guru pelatih bakal menjadi pemimpin terlatih dan bertauliah apabila mereka keluar mengajar di sekolah nanti.

Visi
Menjadikan pergerakan yang berorientasikan latihan, kemahiran dan kepemimpinan yang bertaraf dunia sesuai dengan aspirasi negara berpaksi kepada undang-undang dan persetiaan pengakap.

Misi
Melaksanakan program latihan kepemimpinan pengakap melalui sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan pemimpin pengakap sentiasa berketerampilan bagi memenuhi aspirasi Pergerakan Pengakap Malaysia dan negara Malaysia.

Objektif
i.   menyeragamkan pergerakan kokurikulum pengakap di Institut Pendidikan Guru di
     seluruh negara berdasarkan satu pakej kurikulum latihan yang sama;
ii.  membolehkan setiap pelajar berkhidmat sebagai Penolong Pemimpin yang
     berwibawa,   terlatih dan bertauliah;
iii.  menyediakan kemahiran pengakap supaya pelajar lebih yakin semasa menjalankan
     aktiviti pengakap dengan lebih tersusun di sekolah
vi.  meningkatkan kualiti kepengakapan pada peringkat kumpulan, daerah, negeri dan
     negara.


No comments:

Post a Comment