Sejarah MPKLM

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan  Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru (MPKLM/BPG) ialah sebuah badan yang ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 di Institut Perguruan Pendidikan Negara (IPPN) yang kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB).

MPKLM dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud selaku Ketua Pengakap Negara Merangkap Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

MPKLM ditubuhkan sebagai negeri bagi mentadbirkan pergerakan pengakap di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia yang merangkumi 31 buah maktab perguruan ketika itu.

MPKLM/BPG beribu pejabat di Unit Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah naungan utama Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia serta Penaungnya Y.Bhg. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia (MPKLMIPGM), Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah negeri bagi pergerakan pengakap yang ditubuhkan pada bulan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Cyberjaya, Selangor dan dirasmikan penubuhannya oleh YBhg Dr. Noriati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru Malaysia merangkap pada 29 Mac 2011 di Shah Alam, Selangor. Fungsi utama penubuhan MPKLMIPGM adalah untuk menjaga dan mengawasi serta menguruskan dan mentadbirkan sebanyak 27 Daerah Pergerakan Pengakap yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Kecil MPKLMIPGM.....
(sumber hyo)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLM) merupakan sebuah pergerakan pengakap bertaraf negeri yang ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 ditubuhkan di Institut Aminudin Baki, Pahang atas nama Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru atau MPKLMBPG. Tujuan MPKLMBPG ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan semua pergerakan pengakap di institut dan maktab-maktab perguruan seluruh Malaysia agar mudah untuk dijaga, diawasi dan diurustadbirkan di bawah satu pengurusan yang sama seperti yang termaktub dalam Buku Perlembagaan MPKLMBPG. Hal ini demikian kerana sebelum penubuhan MPKLMBPG, pergerakan pengakap di institut/maktab perguruan diletakkan di bawah pengurusan negeri-negeri yang berbeza mengikut lokasi institut/maktab perguruan itu berada.  Justeru untuk memastikan pergerakan pengakap di institut/maktab perguruan setanding dengan pergerakan pengakap yang terdapat di daerah dan negeri Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), MPKLMBPG telah diwujudkan dan diiktiraf oleh PPM sebagai sebuah negeri PPM, manakala pergerakan pengakap di institut/maktab perguruan diiktiraf sebagai sebuah daerah pengakap atas nama Kumpulan Latihan Malaysia.

Pesuruhjaya Negeri MPKLMBPG yang pertama ialah En. Abu Bakar bin Ahmad. Diikuti oleh Tn. Hj. Abdul Shukor bin Mohsin sebagai Pesuruhjaya Negeri MPKLMBPG yang kedua. Tn. Hj. Zainal bin Salleh telah dilantik untuk menggantikan Tn. Hj. Abdul Shukor bin Mohsin sebagai Pesuruhjaya Negeri MPKLMBPG yang ketiga.

Pada tahun 2008 Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diwujudkan menggantikan Bahagian Pendidikan Guru untuk melatih bakal-bakal guru di seluruh Malaysia. Selaras dengan itu, Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau ringkasnya MPKLMIPG telah ditubuhkan pada bulan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM), Cyberjaya, Selangor tanpa menukarkan fungsi penubuhan MPKLM yang asal, iaitu untuk menjaga dan mengawasi serta mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG. Penubuhan MPKLMIPG telah dirasmikan oleh YBhg Dr. Noriati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru Malaysia selaku Pengerusi, MPKLMIPG pada 29 Mac 2011 di Shah Alam, Selangor.

Penaung Utama MPKLMIPG ialah Menteri Pendidikan Malaysia, manakala Penaung MPKLMIPG ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Yang Di-Pertua MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg Dato’ Dr. Haili bin Dolhan, Rektor, IPGM, KPM. Kini YDP MPKLMIPG ialah YH Dato’ Sulaiman bin Wak,  Rektor, IPGM, KPM. Naib Yang Di-Pertua MPKLMIPG yang pertama ialah YBsh Dr. Amin bin Senin, Timbalan Rektor, IPGM, KPM.  Dikuti oleh YBsh Dr. Lee Boon Hua sebagai Naib Yang Di-Pertua MPKLMIPG yang kedua. Kini, jawatan Naib Yang Di-Pertua MPKLMIPG disandang oleh YBsh Dr. Noriati binti A. Rashid selaku Timbalan Rektor IPGM, KPM.

Pengerusi MPKLMIPG yang pertama ialah YBsh Dr. Noriati binti A. Rashid, Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM. Diikuti YBhg Datin Rashidah binti Mohd. Yusof. Kini jawatan Pengerusi MPKLMIPG dipegang oleh YBsh Dr. Jamiah binti Mohamad. Timbalan Pengerusi I ialah Pn. Latifah binti Mahmud, Pengarah, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM, KPM. Kini dipegang oleh En. Rahim bin Abdul Latif. Manakala Timbalan Pengerusi II ialah Dr. Jamiah binti Mohamad, Ketua Jabatan Pembangunan dan Profesionalisme Pensyarah, IPGM, KPM. Kini jawatan ini disandang oleh Dr. Mashitah binti Mohd. Yusof, Ketua Jabatan Pembangunan dan Profesionalisme Pensyarah, IPGM, KPM yang baharu.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPLKMIPG yang pertama ialah Tn. Hj. Mohd. Kamar bin Zainuddin, dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Selepas persaraan beliau pada Julai 2010, MPKLMIPG dipimpin oleh En. Mohd. Radzi bin Hj. Johari dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak sehingga kini.

MPKLMIPGM digerakkan berdasarkan Undang-undang Kecil, Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dan terikat dengan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Kesemua jawatan di atas diwujudkan berdasarkan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG.
(sumber Sekretariat mpklmipg)

No comments:

Post a Comment