Monday, March 20, 2017

KMK PENGAKAP MUDA PKT.1 PENSYARAH MPKLM IPG

KMK ini telah dijalankan semasa Program MPKLM Berambeh Sarawak 2017. Ia telah berlangsung dari 13 Mac hingga 16 Mac 2017 di IPG Kampus Batu Lintang Sarawak. Permit kursus PM/1-222 dan Ketua Kursus ialah Tn. Hj. Yusof Bin Osman dari KLM-17.




Seramai 27 orang peserta kursus telah mengikuti KMK ini, terdiri dari 24 lelaki dan 3 orang perempuan, mereka terdiri dari Ahli Majlis Tadbir, Pesuruhjaya Daerah dan Pen. Pesuruhjaya Daerah. KMK ini dijalankan untuk tujuan memenuhi salah satu syarat bagi mengikuti CALT dan CLT. Seramai 12 jurulatih dan 5 pembimbing telah membantu KMK ini.










Barisan Jurulatih dan Peserta KMK PM

KMK telah dirasmikan oleh Cikgu Bedui Bin Une, Pengarah IPGK Batu Lintang Sarawak. Peserta terbaik lelaki ialah Baseni Jantra, peserta terbaik perempuan ialah Che Som Baharom dan peserta dengan tongkat kreatif dan buku log lengkap ialah Abdul Ronif Jamaludin. Semua peserta telah lulus dan menerima sijil. Tahniah dan selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment